Cabaran guru didik murid Gen Alfa
Iklan
Guru Gen Z perlu bijak kawal tingkah laku, tindakan dan emosi mereka dalam mendepani dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza berbanding zaman dulu-dulu. (Foto hiasan)
SHAH ALAM - Tanggungjawab guru terutamanya daripada generasi Z (1990-2010) dalam mendidik murid zaman sekarang semakin mencabar disebabkan pelbagai faktor antaranya perbezaan jurang umur sangat mengecil, pengaruh media sosial dan adaptasi pelajar yang lebih cepat mengikuti kemajuan teknologi.
Setiausaha Agung Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Mohd Azizee Hasan berkata, guru Generasi Z membesar dalam era teknologi namun perlu mendidik Generasi Alfa yang membesar dalam dunia media sosial lebih canggih.