Guru Generasi Z mengajar guna teknologi moden
Iklan
Guru Generasi Z kini tampil dengan pendekatan lebih segar serta moden melalui kemunculan serta perkembangan teknologi yang semakin membangun.
SHAH ALAM - Tidak lagi terikat dengan kapur dan papan hitam, guru Generasi Z kini tampil dengan pendekatan lebih segar serta moden melalui kemunculan serta perkembangan teknologi yang semakin membangun.
Berbeza dengan kaedah tradisional yang hanya menumpukan pembelajaran dalam bilik darjah serta pendidikan berteraskan buku teks semata-mata, guru muda hari ini dilihat memilih mengintegrasikan elemen teknologi dan media sosial sebagai medium utama pengajaran.