Pantai Hospitals: Peneraju dalam kepakaran penjagaan jantung

Iklan

PANTAI Hospitals adalah sebahagian daripada rangkaian 18 hospital swasta IHH Healthcare Malaysia, komited dalam memperkasakan penjagaan jantung melalui rangkaian perkhidmatan menyeluruh untuk pencegahan, diagnosis dan pengurusan penyakit jantung.

Pendekatan ini menggabungkan rawatan berasaskan bukti klinikal bersama teknologi diagnostik dan pelan rawatan terkini, memastikan penjagaan berkualiti tinggi untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Pantai Hospitals telah berterusan memberikan rawatan menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan jantung rakyat Malaysia.

Dengan perkembangan hospital di seluruh negara, penjagaan jantung yang canggih dan berfokus kepada pesakit kini lebih mudah diakses oleh komuniti yang memerlukan.

Iklan

Pantai Hospitals turut menawarkan pelbagai sub-kepakaran kardiologi termasuk kardiologi intervensi, elektrofi siologi dan prosedur struktur jantung. Dengan akses kepada teknologi diagnostik terkini, piawaian baharu dalam penjagaan jantung sedang dibentuk.

Pantai Hospitals adalah sebahagian daripada rangkaian 18 hospital swasta IHH Healthcare Malaysia, komited dalam memperkasakan penjagaan jantung melalui rangkaian perkhidmatan menyeluruh untuk pencegahan, diagnosis dan pengurusan penyakit jantung.

Iklan

Pendekatan ini menggabungkan rawatan berasaskan bukti klinikal bersama teknologi diagnostik dan pelan rawatan terkini, memastikan penjagaan berkualiti tinggi untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak.

Makmal kateterisasi jantung (Cath Lab) yang dilengkapi teknologi canggih untuk intervensi dan diagnosis kardiovaskular yang tepat. (Gambar oleh Pantai Hospital Klang)

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Pantai Hospitals telah berterusan memberikan rawatan menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan jantung rakyat Malaysia.

Dengan perkembangan hospital di seluruh negara, penjagaan jantung yang canggih dan berfokus kepada pesakit kini lebih mudah diakses oleh komuniti yang memerlukan.

Pantai Hospitals turut menawarkan pelbagai subkepakaran kardiologi termasuk kardiologi intervensi, elektrofi siologi dan prosedur struktur jantung.

Dengan akses kepada teknologi diagnostik terkini, piawaian baharu dalam penjagaan jantung sedang dibentuk.

Menjadi Peneraju Penjagaan Jantung Menyeluruh di Malaysia

Mencegah penyakit jantung antara punca utama kematian di Malaysia melalui inovasi dan rawatan peribadi.

Penyakit jantung kekal sebagai antara cabaran kesihatan paling utama di Malaysia, memberi kesan kepada rakyat tanpa mengira usia.

Pantai Hospitals mengambil pendekatan baharu dalam penjagaan jantung, menawarkan rawatan berteknologi tinggi, diagnosis tepat serta penjagaan peribadi bagi membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan jantung mereka.

Matlamatnya adalah untuk membina masa depan di mana setiap degupan jantung amat bermakna.

Rawatan Peribadi: Pelan Rawatan Disesuaikan Dengan Sokongan Inovasi Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab)

Ketepatan adalah keutamaan di Pantai Hospitals, di mana rawatan disesuaikan berdasarkan keadaan kesihatan dan risiko individu pesakit. Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab) yang berteknologi tinggi menjadi pusat kepada prosedur invasif minimum yang mempercepatkan tempoh pemulihan dan mengurangkan risiko.

Keperluan untuk penjagaan jantung yang menyeluruh kini lebih penting berbanding sebelum ini, sejajar dengan peningkatan penyakit jantung di Malaysia.

Antara intervensi utama termasuklah pemasangan perentak jantung sementara atau kekal untuk pesakit dengan degupan jantung tidak teratur, serta prosedur angioplasti dan pemasangan stent untuk merawat penyakit arteri koronari.

Prosedur angiogram turut dijalankan di cath lab bagi menilai aliran darah dalam arteri jantung, membolehkan pakar kardiologi menentukan tahap sumbatan dan merancang rawatan yang sesuai.

Bagi pesakit yang memerlukan penggantian injap aorta tetapi dianggap berisiko tinggi untuk pembedahan konvensional, prosedur Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI) ditawarkan sebagai alternatif. Kaedah ini menggunakan teknologi dan imejan canggih untuk memastikan keselamatan dan ketepatan, dengan tempoh pemulihan yang lebih singkat.

Bagi kes yang lebih kompleks, pembedahan dengan bantuan robotik memberikan ketepatan maksimum sekali gus meningkatkan kadar kejayaan prosedur. Fokus utamanya adalah pada rawatan yang berkesan, cepat pulih dan meminimumkan komplikasi.

Pemulihan Rebilitasi Menyeluruh: Menyokong Proses Penyembuhan Jangka Panjang

Proses pemulihan pesakit tidak berakhir selepas sesi rawatan. Di Pantai Hospitals, pesakit di bantu melalui program pemulihan rehabilitasi yang disesuaikan untuk membantu meningkatkan kekuatan fi zikal, memperbaiki fungsi jantung dan mengurangkan risiko komplikasi pada masa hadapan.

Program ini merangkumi rutin senaman khas, panduan pemakanan dan pemantauan berterusan oleh pasukan perubatan pelbagai disiplin bagi memastikan pemulihan rehabilitasi menyeluruh dan berterusan.

Perkhidmatan Kecemasan Jantung 24 Jam

Kecemasan jantung seperti serangan jantung, jantung terhenti dan aritmia memerlukan tindakan segera. Pasukan Kecemasan & Kecederaan (A&E) di Pantai Hospitals bersiap sedia 24 jam sehari untuk mengendalikan kes akut dan kes-kes kompleks ini. Dilengkapi teknologi terkini, pasukan ini memastikan rawatan pantas dan berkesan. Terdiri daripada doktor kecemasan, pakar kardiologi dan jururawat terlatih, mereka memberikan penjagaan menyeluruh dan menyelamatkan nyawa.

Masa Depan Penjagaan Jantung di Malaysia

Dengan peningkatan gaya hidup sedentari, tekanan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat, penyakit jantung dijangka akan terus meningkat di Malaysia. Dengan itu, Pantai Hospitals komited untuk terus berada di hadapan dengan pelaburan dalam teknologi perubatan terkini, memperluas akses kepada rawatan jantung dan memperkasakan kesedaran awam mengenai pencegahan.

Dengan adanya hospital di seluruh negara, Pantai Hospitals memastikan penjagaan jantung bertaraf dunia boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, layari: https://www.pantai.com.my/ medical-specialties/cardiology