Ahli PKR sokong Perikatan Nasional perlu keluar parti: Syed Ibrahim

Iklan
Syed Ibrahim (dua dari kanan) pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR Johor di Bandar Baru Uda di sini.

JOHOR BAHRU- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor tidak bertolak ansur terhadap anggota yang tidak setia serta berhasrat keluar parti tersebut.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ahli PKR yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional perlu keluar parti.

Iklan
Iklan

"Sila tinggalkan PKR dengan cara yang mulia jika anda (ahli) sokong mana- mana kerajaan di bawah Perikatan Nasional.

"PKR tidak mahu berkompromi terhadap kesetiaan dan disiplin parti,"katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR Johor di Bandar Baru Uda, di sini.

Iklan

Ahli Parlimen Ledang itu bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan ahli PKR Johor yang menyatakan hasrat meninggalkan parti sebagaimana dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full.

"Dr Chong telah mengkhianati parti untuk menyokong gabungan baharu kerajaan negeri Johor," katanya.

Iklan

Pada 4 Mac lalu, Dr Chong, 60, mengumumkan keluar daripada PKR dan menyokong gabungan baharu kerajaan negeri, mengangkat sumpah sebagai Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, semalam.