Latihan Mengawal Tumpahan Minyak

Iklan

Kru Jabatan Laut Malaysia Labuan menggunakan kaedah 'Oil Spill Despersant' ketika melaksanakan Latihan Mengawal Tumpahan Minyak (OSRE) Peringkat Borneo 2025 di kawasan perairan Labuan dan Brunei Bay hari ini.

Latihan itu adalah sebagai langkah penting untuk meningkatkan kemahiran operasi keselamatan dalam mengendalikan tumpahan minyak dan bahan berbahaya serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan respons Labuan dalam menghadapi potensi kecemasan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Sebanyak 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta antaranya terdiri dari Jabatan Laut Wilayah Labuan, Jabatan Laut Sabah, Jabatan Laut Sarawak, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terlibat pada operasi latihan kali ini. Foto Bernama