Muhamad Farid dilantik Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu
Iklan
Hussein menyaksikan penyerahan serah terima tugas dari Shahnaz (kiri) kepada Muhamad Farid pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / ROSLI TALIB.
SERDANG – Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus D9 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan mengambil alih tugas daripada pemangku jawatan tersebut, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji.
Iklan
Iklan
Muhamad Farid kini akan bergandingan dengan Shahnaz yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Pelantikan itu disempurnakan dalam Majlis Serah Terima Tugas di IPD Serdang pada Khamis dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Iklan
Dalam ucapannya, Hussein berkata, pelantikan Muhamad Farid adalah keputusan tepat berdasarkan pengalaman luas serta kebolehannya dalam menerajui pentadbiran dan operasi IPD Serdang.
"Selain menjadi satu amanah dan tanggungjawab besar, PDRM berharap akan berlaku penambahbaikan dalam kontinjen Serdang di bawah kepimpinan beliau.
Iklan
"Saya percaya perubahan positif boleh dilakukan dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pasukan.
"Jangan leka dengan kedudukan yang diperoleh, sebaliknya terus berusaha memakmurkan IPD Serdang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.
Terdahulu dalam majlis sama, Hussein turut menzahirkan penghormatan kepada sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Beliau menyifatkan kesemua mangsa sebagai wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas tanpa mempersoalkan arahan, demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.
"Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar kepada PDRM. Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>