Lelaki maut tersepit kereta dirempuh lori

Iklan
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah lori tiga tan di Kilometer 104.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Pagoh pada pagi Rabu.

MUAR - Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah lori tiga tan di Kilometer 104.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Pagoh pada pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Mohd Shahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.49 pagi sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah Perodua Viva dan lori jenis Hino membawa muatan barangan perkakasan.

"Terdapat dua mangsa dalam kejadian tersebut iaitu seorang lelaki dewasa yang memandu Perodua Viva tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

"Seorang lagi mangsa kemalangan iaitu pemandu lori berusia 41 tahun, hanya mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, pihak bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan jalan raya (RTA) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Pada masa sama, ujarnya, mangsa yang cedera pula diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.