Gempa bumi 6.4 magnitud landa Tonga

Iklan
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 137 kilometer ke barat Neiafu, Tonga pada pukul 5.15 petang waktu tempatan (0415 GMT) pada Rabu. Gambar hiasan

SUVA – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 137 kilometer ke barat Neiafu, Tonga pada pukul 5.15 petang waktu tempatan (0415 GMT) pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda susulan gempa itu.

Iklan
Iklan

Menurut USGS, pusat gempa yang berkedalaman 243.1 kilometer itu terletak pada latitud 18.720 darjah selatan dan longitud 175.283 darjah barat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami berikutan kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Negara-negara pulau Pasifik seperti Fiji, Tonga dan Vanuatu terletak di kawasan yang dikenali sebagai"Lingkaran Api Pasifik", iaitu satu lengkungan zon gempa bumi dan gunung berapi yang aktif, di mana pertembungan plat benua menyebabkan aktiviti seismik berlaku dengan kerap. - Bernama-Xinhua