Tular penemuan tapak kaki harimau, pekebun Jeli diminta waspada

Iklan
Kesan tapak kaki harimau belang ditemukan di kawasan ladang getah serta kebun buah-buahan penduduk di Kampung Renyuk, Jeli.

JELI - Pekebun di Kampung Renyuk di sini diminta berwaspada susulan penemuan beberapa kesan tapak kaki harimau belang pada Selasa.

Penghulu Mukim Reka, Abu Bakar Yazid berkata, penemuan tersebut dikesan di kawasan ladang getah serta kebun buah-buahan penduduk.

Iklan
Iklan

"Namun ia terletak jauh daripada penempatan. Nasihat saya kalau boleh masuklah ke kebun secara berkumpulan bukan berseorangan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, penemuan kesan tapak kaki harimau itu sedikit meresahkan penduduk kerana kebanyakan mereka mencari rezeki dengan berkebun dan menoreh getah.

Iklan

Sebelum itu tular video berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang ditemukan di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara terbabit.

Iklan

Ujarnya, Perhilitan Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung penemuan berkenaan.