Mangkuk tandas lama meletup, pemuda melecur

Iklan
Keadeaan mangkuk tandas lama meletup. Gambar hiasan

NOIDA, INDIA – Seorang pemuda mengalami luka lecur sekitar 35 peratus di bahagian muka dan badan selepas mangkuk tandas yang digunakannya meletup secara tiba-tiba.

Insiden itu berlaku selepas mangsa, Ashu Nagar, menekan butang pam pada mangkuk tandas uzur tersebut yang juga telah lama tidak digunakan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Ashu tidak memegang sebarang telefon bimbit atau peranti elektronik lain ketika kejadian.

Bapa mangsa, Sunil Pradhan, berkata beliau bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

"Saya bawa dia ke wad Institut Sains Perubatan Kerajaan (GIMS) dan doktor telah mengesahkan tahap kecederaan yang dialaminya,” kata Sunil ringkas.

Sementara itu, penduduk setempat, Harinder Bhati, memaklumkan bahawa sistem perpaipan di kawasan berkenaan boleh dikatakan uzur dan sudah lama tidak dicuci.

Iklan

Katanya, paip yang tertutup menyebabkan gas berkumpul dan boleh meletup pada bila-bila masa apabila berada di bawah tekanan.

Bagaimanapun, Pengurus Kanan Pihak Berkuasa Greater Noida, A.P. Verma, menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa sistem perpaipan adalah bersih serta berfungsi dengan baik.

"Barangkali kes ini berpunca daripada masalah dalaman rumah itu sendiri,” ujarnya lagi. – AGENSI