Bila diam itu lebih baik
Iklan
Budaya berkongsi tanpa batas di media sosial bertentangan dengan nilai agama dan budaya Melayu yang menekankan kerahsiaan serta kesederhanaan dalam kehidupan. - Gambar hiasan
Media sosial hari ini telah menjadi pentas terbuka kehidupan. Ramai netizen rasa terdorong berkongsi segala-galanya daripada perkara kecil hingga kepada yang sepatutnya bersifat peribadi. Keterbukaan itu menjadi berlebihan hingga menimbulkan pelbagai kesan negatif.
Menunjuk kebaikan diri secara terang-terangan seperti mencatat ‘baru lepas sedekah RM50 kat pak cik tua tu’ bersama gambar selfie dengan orang tua berkenaan pada asalnya mahu menggalakkan orang lain mencontohinya. Namun, ia membuka aib orang itu hingga menjatuhkan maruahnya. Ia juga tidak menepati matlamat bersedekah secara ikhlas.