Politik dan sukan
Iklan
Sukan tidak boleh menjadikan politik lebih cantik tetapi politik boleh menjadikan sukan lebih hodoh - Gambar hiasan
Sukan bukanlah asing dalam hidup saya. Saya terlibat dengan bidang itu sejak kecil lagi. Bermula dengan menendang bola kertas, menguji kebolehan berlari dengan emak mengejar di belakang menyuruh mandi dan melompat pagar selepas mencuri jambu.
Saya tidak ingat sepanjang hidup ini telah berapa ratus kali saya berada di tepi padang bola atau di tepi gelanggang sepak takraw dan badminton.