Apa dah jadi Rafizi Ramli?
Iklan
RAFIZI dan AZAM BAKI
Selama ini kita tahu siapa Rafizi Ramli. Dia ‘tukang balun’ parti yang menentang partinya dalam semua pilihan raya. Dia hebat sekali dedah dan telanjangkan kelemahan parti lain. Kalau di pentas ceramah seronok tengok dia balun musuh.
Eh, tiba-tiba dia balun parti sendiri. Semua tak betul. Dia tuduh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tak buat kerja betul dan adil. Dia tuduh ada pemimpin PKR yang bagi duit, hamper dan lain-lain untuk menang. Dia juga kata PKR penuh ‘tukang ampu’.