Kawasan berkabus, tiada kecuaian lori langgar anak gajah - Polis

Iklan
Rakaman video yang memaparkan seekor ibu gajah cuba mengalihkan lori yang merempuh anaknya dan tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih lima jam

IPOH - Tiada sebarang kecuaian berlaku dalam kemalangan sebuah lori kontena melanggar mati seekor anak gajah jantan di Kilometer 80 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lepas, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati keadaan di kawasan tersebut berkabus kerana kejadian berlaku pada 2.50 pagi.

Iklan
Iklan

"Keadaan di sekitar jalan itu juga tiada pencahayaan lampu jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan polis mengenai anak gajah mati keluar mengejut dari hutan,

Iklan

Sebelum ini Zulkifli dilaporkan berkata, anak gajah itu dilanggar lori kontena membawa muatan ayam selepas pemandunya berusia 28 tahun tidak sempat mengelak haiwan tersebut yang melintas secara tiba-tiba.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan seekor ibu gajah cuba mengalihkan lori yang merempuh anaknya dan tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih lima jam. - Bernama

Iklan