KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi Selasa.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.