MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah menahan dua penduduk Indonesia kerana melakukan penipuan dengan menyiarkan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan, mempromosikan kad Haji Nusuk palsu serta melanggar peraturan haji.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), mereka melakukan penipuan itu dengan melindungi 23 pelawat yang memegang pelbagai jenis visa lawatan di sebuah bangunan di Makkah.