Sayadi Saidon
"Ketiga-tiga mangsa yang dikeluarkan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika pasukan bomba tiba, sebahagian mangsa telah pun berjaya dikeluarkan oleh anggota FRU lain yang terselamat serta orang awam yang berada di kawasan berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan anggota FRU maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan trak pasukan dengan sebuah lori muatan batu kerikil di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan pada jam 8.54 pagi.
Menurut Ketua Cawangan dan Pengurusan Operasi Balai JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, lapan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara dua lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan.
Sementara itu, pemandu lori muatan batu kerikil terbabit telah ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Awani