DBKL kompaun lapan kontraktor langgar SOP korek jalan

Iklan
DBKL keluarkan lapan notis kompaun terhadap kontraktor korek jalan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Foto: Facebook DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan lapan notis kompaun terhadap kontraktor yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi kerja-kerja pengorekan di sekitar ibu negara menerusi Operasi Bersepadu Korekan Jalan Awam.

DBKL memaklumkan, operasi yang dijalankan bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dilaksanakan di sekitar Cheras, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut dan Bukit Bintang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemantauan dan siasatan bersama itu dibuat ke atas enam syarikat kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan.

"Hasil semakan, DBKL mengeluarkan lapan notis kompaun menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Iklan

"Ia melibatkan kesalahan seperti tidak meletakkan lampu blinker jalan, tiada pengawal lalu lintas jalan, membuat halangan jalan awam, melonggokkan sisa korekan jalan dan menyebabkan kekotoran jalan serta air berlumpur di tempat awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, DBKL berkata, CIDB turut mengeluarkan dua notis terhadap syarikat kontraktor yang tidak mematuhi notis pengemukaan maklumat untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak.

Iklan

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” ujarnya.