Nahas FRU: PM arah siasatan menyeluruh

Iklan
Keadaan lori FRU yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya yang membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi Selasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa, beliau turut menyeru agar bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi itu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.

"Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin, selain dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Iklan

Terdahulu, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan yang membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi Selasa. - Bernama

Iklan