Kakitangan MDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Iklan
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian di KM84 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur, Maran pada Selasa. Foto ihsan PDRM

MARAN - Perjalanan seorang kakitangan Majlis Daerah Maran (MDM) ke tempat kerja bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer (KM) 84 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan MPV jenis Nissan Grand Livina.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mangsa, Yuhairul Mohd Yusof,47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pesagi, Chenor hendak ke tempat kerjanya di MDM.

Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah terlanggar pada bahagian belakang sebelah kiri MPV yang berada di hadapannya arah sama dan hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan ke Kampung Sentosa.

"Akibat daripada kemalangan ini, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, pemandu MPV iaitu wanita berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.