Belajar bertahan seperti Pakistan
APABILA terbayang untuk melancong ke luar negara bermain salji, biasanya orang kita akan membayangkan negara-negara di Eropah. Agak jarang untuk membayangkan bercuti dan bermain salji di Pakistan. Tidak pasti sebabnya kerana kurang promosi, atau memang kita selalu mendengar berita konflik menyebabkan ia bukan destinasi selamat untuk dituju.
Di negara kita, biasa terlihat warga Pakistan yang menunggang motosikal menjual karpet di kampung-kampung. Di sesetengah tempat, ada yang cuma membawa karpet untuk dijual dari rumah ke rumah dengan basikal sahaja. Cuma sekarang ini, kita dapat melihat banyak kedai karpet milik orang Pakistan di negara ini.
Sama ada mereka itu sudah menjadi warganegara Malaysia atau sebahagiannya ialah migran ekonomi, itu tidaklah diketahui. Yang pasti ada di antaranya yang berhijrah ke Malaysia sejak era penjajah lagi.