Pertingkat kesiapsiagaan pertahanan
Iklan
Malaysia perlu terus bersedia dari sudut ketenteraan demi memperkukuhkan kepentingan dan kedaulatan tanah airnya.
SEJARAH peradaban dunia penuh dengan warna-warni konflik antara empayar dan negara. Di abad milenium ini, tumpuan dunia tertumpu kepada konflik di Gaza dan perang Rusia-Ukraine yang masih berterusan.
Terdapat juga kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi situasi yang lebih tegang seperti isu Laut China Selatan sekiranya tidak dirunding atau diurus secara baik. Pergolakan antara kuasa-kuasa besar juga turut menggusarkan negara-negara lain yang khuatir sekiranya tercetus perang.