LANGKAWI – Seorang pekerja hotel berusia 22 tahun mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran pantai di Jalan Teluk Yu, pada pagi Isnin.
Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MER999 pada pukul 11.30 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.