KEPALA BATAS – Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang juga anak saudaranya, di Pulau Mertajam, Penaga, di sini, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden C Tharmalingam berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di Bertam susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.