Harimau kumbang dikesan lintas Jalan Temiang-Pantai

Iklan
Perhilitan Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui Jalan Temiang-Pantai susulan tular kemunculan harimau kumbang di jalan tersebut.

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui Jalan Temiang-Pantai.

Pengarahnya, Faizal Izham Pikri berkata, nasihat itu susulan penularan video mengenai seekor harimau kumbang yang dikesan melintas jalan berkenaan untuk ke hutan berhampiran.

Iklan
Iklan

"Beberapa papan tanda amaran berkenaan laluan haiwan liar sebelum ini telah pun dipasang di kawasan itu. (Mengenai video tular) Unit Harimau Malaya kita akan terus memantau perkara itu.

"Hasil pemerhatian terhadap video yang tular itu, kita dapati haiwan tersebut hanya melintas untuk menyeberangi ke hutan sebelah,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Terdahulu, tular video berdurasi 11 saat yang memaparkan harimau kumbang melintas di Jalan Temiang-Pantai. – Bernama