BEIJING – Sebuah video parodi yang mempersendakan India selepas empat jet pejuang Rafale miliknya ditembak jatuh oleh Pakistan menjadi tular di platform TikTok China.
Rakaman itu memaparkan empat pencipta kandungan China menari sambil menyanyikan lagu parodi dengan gaya pakaian tradisional India.
Iklan
Iklan
Aksi itu dipercayai sindiran terhadap keupayaan ketenteraan India selepas tembakan jet dalam serangan udara balas oleh Pakistan.
Ketegangan antara dua negara kuasa nuklear itu meningkat sejak insiden berdarah di Pahalgam, Kashmir pada 22 April yang menyebabkan 26 maut.
India menuduh Pakistan, namun tiada bukti dikemukakan, manakala Pakistan menafikan sekeras-kerasnya.
Beberapa hari selepas serangan balas, Pakistan mengumumkan pihaknya menembak jatuh lima jet India termasuk empat Rafale – pesawat canggih buatan Perancis yang baru dibeli India.
Dalam kenyataan rasmi, tentera Pakistan turut mendakwa memusnahkan 25 dron Harop buatan Israel milik India yang digunakan dalam serangan rentas sempadan. - Agensi