Pekerja pasar raya maut motosikal terbabas di TSK

Iklan
Seorang pekerja pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan (TSK) awal pagi Isnin. Gambar kecil, Wan Mohd Zahari. - Foto: Polis Trafik Kuantan.

KUANTAN – Seorang pekerja pasar raya maut dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan (TSK), awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Amirul Aqil Ahmad Rizal, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dari arah Kampung Padang menuju ke Indera Mahkota.

"Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ketika kejadian, keadaan jalan adalah lurus, kering dan mempunyai pencahayaan yang baik.

Iklan

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.