Piala Asia: Malaysia jumpa Jepun di pentas final kuadran malam ini

Iklan
Skuad kuadran negara mara ke final selepas mengalahkan Korea Selatan 2-0 dalam aksi separuh akhir Piala Asia di Stadium Titiwangsa pada Isnin. Foto FB PSM.

SKUAD kuadran negara mara ke pentas final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih setelah skuad bimbingan Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif itu menumpaskan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir 2-0 di Stadium Titiwangsa.

Iklan
Iklan

Malaysia yang membariskan Afifuffin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Shahalril Aiman Halim ditentang sengit pada set pertama sebelum menang 15-13.

Korea Selatan yang menyenaraikan Seon Woo Young-su, Lee Junuk, Oh Dae-yang dan Lee Min-ju bagaimanapun enggan mengalah apabila mencabar pasukan negara pada permainan kedua.

Iklan

Namun variasi permainan dan strategi ampuh mengesahkan kemenangan skuad kebangsaan 15-8 untuk meraih tiket ke perlawanan akhir.

Menanti Malaysia dalam aksi final pada jam 8 malam ini ialah Jepun yang menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Iklan

Sebagai rekod, pasukan kebangsaan mengalahkan Jepun 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B pada Ahad.