Bergelar ibu pada usia 19 tahun jadikan Jesnita matang, kuat
Iklan
Jesnita (dua dari kanan) bersama tiga anak dan ibunya.
KUALA TERENGGANU - Berkahwin pada usia 18 tahun bukan satu keputusan mudah kerana masih belajar di universiti dan pada masa sama perlu menggalas tanggungjawab sebagai isteri serta menjadi seorang ibu.
Namun ibu kepada empat anak, Jesnita Zakaria, 40, berkata, keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia itu menjadi titik tolak kepada kematangan dan kekuatan dirinya hari ini.