'Saya tak menyesal kahwin muda'
Iklan
Nurul Huda.
SEREMBAN -"Tiada istilah menyesal kahwin muda dan jadi ibu muda kerana perempuan kalau kahwin awal lebih baik.”Itu pandangan disuarakan oleh pekerja kedai minuman, Nurul Huda Abd Ghofar, 23, yang berkahwin pada usia 22 tahun dan kini memiliki seorang bayi berusia empat bulan.
Nurul Huda berkata, dia memilih untuk berkahwin pada usia muda kerana berasakan telah menemukan jodoh yang tepat, selain keputusannya itu mendapat sokongan daripada keluarga.