18 mangsa terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Lepoh

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap insiden kepala air di Sungai Lepoh pada Ahad.

HULU LANGAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 18 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Lepoh di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu melibatkan 18 mangsa terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita dan tujuh kanak-kanak yang terkandas akibat kepala air.

Iklan

"Kita segera menjalankan kerja-kerja membawa keluar semua mangsa ke kawasan selamat. Kesemua mereka berjaya diselamatkan sekitar jam 6.32 petang.

"Salah seorang mangsa, iaitu seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an, mengalami sesak nafas dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Iklan