Mohamad Asmawi ditemukan, usaha dapatkan rawatan
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai rakaman video Mohamad Asmawi yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman tular di laman sosial baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU - Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi, yang tular kerana berkeliaran di sekitar Taman Kerang, Kuantan, telah ditemukan dan akan dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Kemaman.
Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun berkata, beliau bersama beberapa kakitangan pengurusan telah berusaha menjejaki Mohamad Asmawi sejak videonya merayau di tempat awam sambil meracau seperti orang tidak siuman tular di media sosial.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ketika dijumpai, Mohamad Asmawi yang hanya memakai seluar panjang sedang tidur di atas lantai tanpa alas.
"Fizikalnya tampak kurus dan keadaannya juga lemah. Mawi (Mohamad Asmawi) juga tidak sedar kehadiran kami walaupun dahulu cukup rapat dengan saya ketika di PHT.
Iklan
"Kami tidak boleh mendekatinya secara agresif kerana bimbang Mawi akan melarikan diri ke tempat lain. Ini akan menyukarkan perancangan kami dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membawanya pulang ke kampung di Kemaman,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Fikri berkata, PHT turut merancang untuk membawa Mohamad Asmawi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pemulihan daripada pakar.
Iklan
"Menurut keluarganya, Mawi mengalami gangguan mental sejak sekian lama dan sering berhalusinasi.
"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya, namun keadaannya tidak bertambah baik dan pergerakannya juga sukar dikawal,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>