Lelaki murung ditemukan sudah meninggal dunia

Iklan
Usaha mencari dan menyelamat berakhir selepas mangsa ditemukan sudah meninggal dunia berhampiran anak sungai di sini petang tadi. Gambar kecil: Mohd Hazrin

GERIK - Lelaki menghidap kemurungan yang dilaporkan hilang di kawasan ladang getah di Felda Papulut, Lawin sejak Rabu lalu ditemukan meninggal dunia.

Mayat Mohd Hazrin Hamzah, 26, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 5.30 petang tadi di kawasan anak sungai, kira-kira 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan mangsa ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia.

"Proses membawa keluar mangsa telah dilakukan dan mayat akan dihantar ke Hospital Gerik dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki murung hilang di ladang getah

"Ketika ditemui, mangsa telah pun meninggal dunia," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, keadaan mangsa disedari anggota bomba dan penduduk kampung yang melakukan pencarian di sebatang anak sungai.

"Mayat ditemui pada jarak 4 kilometer dari motosikal milik mangsa," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi, kelmarin mangsa disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas masuk ke kawasan ladang getah berkenaan.

Operasi mencari yang diteruskan bermula jam 8 pagi tadi disertai hampir 50 orang masing-masing dari JBPM, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam.