KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata, ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.