Pacuan empat roda rempuh motosikal dekat plaza tol

Iklan
Video yang dipercayai dirakam menerusi kamera sebuah kenderaan memaparkan kenderaan pacuan empat roda dipercayai jenis Navara berwarna hitam bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua individu.

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu secara melulu sebelum merempuh sebuah motosikal dalam kejadian tular berdekatan sebuah plaza tol di ibu kota pada Sabtu.

Video berkenaan yang dipercayai dirakam menerusi kamera sebuah kenderaan, memaparkan kenderaan pacuan empat roda dipercayai jenis Navara berwarna hitam bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua individu.

Iklan
Iklan

Pelanggaran terbabit mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh sebelum kenderaan pacuan empat roda itu terus berlalu meninggalkan lokasi kejadian.

Pengguna jalan raya yang menyaksikan insiden tersebut kemudiannya bertindak membantu kedua-dua mangsa yang terlibat.

Iklan

Status kecederaan yang dialami mangsa bagaimanapun belum diketahui setakat ini.

Sinar Harian telah mendapatkan pengesahan daripada pihak polis bagi memberikan butiran lanjut berhubung kejadian.

Iklan

Sementara itu, dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang terlibat.

Menurut mereka, perbuatan melanggar serta meninggalkan begitu sahaja kedua-dua mangsa itu merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan dan perlu diberi perhatian sewajarnya.