Tsunami politik Sabah?
Iklan
Apa pun yang berlaku selepas ini, PKR Sabah adalah parti yang akan mengaut keuntungan. Foto hiasan
DALAM hiruk-pikuk pemilihan PKR, tiba-tiba saja Kuala Lumpur turut mencetuskan letupan politik negeri Sabah yang akan berdepan pilihan raya negeri (PRN) dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Jumaat lalu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju membentuk kerjasama politik BN-PH untuk PRN Sabah.