Kemelut gaji rendah
Iklan
Mutu kehidupan rakyat Malaysia terutama kemampuan menambah kekayaan dan memiliki aset tetap seperti rumah serta tanah semakin merosot berbanding tiga atau empat dekad lalu. Foto hiasan
KALAU kita kata hidup hari ini lebih susah dari dahulu, mesti ada banyak pihak mempertikaikannya, akan tetapi kalau kita hidup cukup lama, kita boleh rasa sendiri hal itu.
Saya mula bekerja di Kuala Lumpur pada 1969 dengan gaji dan elaun kira-kira RM400 sebulan. Apabila disahkan dalam jawatan dua tahun kemudian, gaji naik kepada RM550. Campur elaun jadilah dalam RM650.