Ibu muda bersyukur hidup bahagia tanpa hutang
Iklan
Saidatul Aishah dan suami, Muhammad Osama bersama anak mereka yang menjadi penyeri rumah tangga.
IPOH - Berbeza dengan gadis seusianya yang masih menuntut di menara gading atau baru mengenal dunia pekerjaan, Saidatul Aishah Mimi Asri, 21, memilih jalan hidup berbeza iaitu berkahwin di usia 18 tahun selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, tahun pertama selepas bergelar isteri, dia bekerja sebagai kerani di sebuah pusat pengumpulan sawit (REM).