Ibu tunggal sering dipandang sinis oleh masyarakat
Iklan
Afrina Marsya bahagia bersama dua anaknya, Rayyan Haiqal (kiri) dan Rania Hanim (kanan).
KUALA KRAI - Lima tahun melayari kehidupan berumah tangga di usia belasan tahun, namun ‘mahligai kasih’ yang dibina terputus di tengah jalan.
Bergelar ibu tunggal pada usia 20 tahun dengan dua cahaya mata masih kecil menjadi cabaran buat Afrina Marsya Mohd Mazri dalam meneruskan kehidupan mendatang.