KUALA LUMPUR - Sempena ulang tahun ketiga, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan Dana Kongsi Ceria bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya yang menghidap palsi serebrum serta kelainan upaya ekstrem.
Program tersebut merupakan kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang sebelum ini menumpukan bantuan kepada kanak-kanak pesakit kanser, kekurangan zat makanan dan mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata, menerusi kempen terbaharu itu, pelanggan boleh menyumbang apabila membeli produk jenama Lotus’s dan subjenama terpilih sepanjang tempoh program berlangsung.
"Setiap pembelian produk jenama Lotus’s, termasuk subjenama seperti Aliv, Cute & Care dan Oral Pro, akan menyumbang 0.5 peratus daripada hasil jualan ke dalam dana ini.
"Namun, barangan segar dan produk dari bahagian bakeri tidak termasuk dalam sumbangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dana Kongsi Ceria di ibu pejabat Lotus’s Bandar Manjalara, Kepong pada Isnin.
Menurut beliau, program Dana Kongsi Ceria akan berjalan selama empat minggu bermula 8 Mei hingga 4 Jun 2025 dan menyasarkan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dan Tender Touch, sebuah pusat fi sioterapi khusus untuk kanak-kanak kelainan upaya.
Jelas Azliza, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan keperluan mereka terhadap intervensi jangka panjang serta kos rawatan yang tinggi.
"Kami difahamkan oleh GAPS dan Tender Touch bahawa kanak-kanak ini memerlukan rawatan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama enam bulan hingga setahun.
"Kos intervensi ini agak besar, dan kami berharap sumbangan dana ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka,” ujarnya.
Azliza turut berkongsi bahawa selain Dana Kongsi Ceria, Lotus’s Malaysia akan menganjurkan beberapa program amal lain termasuk Larian Amal pada hujung tahun ini, bagi mengumpul dana pendidikan untuk anak-anak sekolah angkat syarikat tersebut.
"Buat masa ini, Dana Kongsi Ceria hanya tertumpu kepada bantuan untuk kanak-kanak palsi serebrum dan kelainan upaya ekstrem.
"Namun, kami akan terus memperluas program CSR kami kepada kumpulan sasaran lain yang memerlukan,” katanya.
Anak-anak keperluan khas diraikan
Bagi Terapis Carakerja Kanan Tender Touch Paediatric Rehab, Yasmin Yusri mengakui sokongan Lotus’s Malaysia bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan, tetapi turut membuka peluang kepada anak-anak berkeperluan khas untuk merasa diterima dan diraikan dalam masyarakat.
Menurut Yasmin, kutipan dana yang digerakkan oleh Lotus’s Malaysia sepanjang 2023 memberikan impak besar terhadap program pemulihan kanak-kanak di pusat itu.
"Seramai enam kanak-kanak berjaya ditaja penuh untuk menjalani program terapi intensif selama enam bulan, tiga kali seminggu.
"Tiga kanak-kanak lagi menerima tajaan separa, manakala 44 sesi penilaian fi sioterapi dan terapi cara kerja turut berjaya dilaksanakan,” ujarnya.
Sementara itu, komitmen Lotus’s Malaysia dalam menyokong komuniti palsi serebrum di negara ini terus diperkukuh apabila GAPS diumumkan sebagai antara penerima manfaat kempen kutipan dana korporat syarikat itu bagi tahun kedua berturut-turut.
Pengasas GAPS, Rafidah@Rafi zah Ahmad berkata, kerjasama strategik dengan Lotus’s Malaysia sejak tahun 2023 telah menyumbang impak besar kepada pertumbuhan program pemerkasaan pendidikan, terapi dan sokongan komuniti bagi individu yang menghidap palsi serebrum.
"Kami amat menghargai pemilihan GAPS sebagai penerima dana kebajikan oleh pihak Lotus’s Malaysia. Sumbangan yang diberikan telah membawa perubahan besar kepada operasi dan inisiatif kami,” katanya.
Menurut beliau, antara pencapaian hasil sumbangan tersebut termasuklah penganjuran Kem Intensif Pendidikan Konduktif selama sebulan, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kanakkanak penghidap palsi serebrum, malah turut meningkatkan kemahiran dalam kalangan ahli terapi, pendidik dan penjaga.
Buka peluang rawatan anak istimewa
Tidak semua ibu bapa mampu menanggung kos terapi intensif untuk anak-anak berkeperluan khas, apatah lagi jika ia perlu dilakukan tiga kali seminggu selama berbulan-bulan.
Md Zulkarnain Bahrun, 47, berkata, anaknya menghidap palsi serebrum dan memerlukan bantuan penuh dalam semua aspek kehidupan sejak dilahirkan secara pramatang pada usia kandungan enam bulan.
"Segala urusan asas seperti makan, mandi dan latihan harian perlu dibantu sepenuhnya. Kami cuba tempat jagaan luar, tapi kasih sayang dan perhatian itu tidak sama.
"Bila syarikat besar seperti Lotus’s ambil tanggungjawab, ia memberi harapan dan semangat kepada ramai ibu bapa seperti kami,” kata Zulkarnain yang juga bapa kepada Medina Zahra, 12.
Bagi Ahmad Taufi q Mustafa, 40, menyifatkan tajaan terapi oleh Lotus’s sebagai rezeki yang tidak disangka.
"Kami sedang berkira-kira untuk ikuti pakej terapi di Tender Touch apabila tibatiba diberitahu Emraan terpilih menerima tajaan penuh selama enam bulan," katanya.
Ahmad Taufiq mengakui sepanjang enam bulan menjalani sesi terapi, perkembangan anaknya menunjukkan perubahan memberangsangkan dan mula mengejar graf perkembangan fi zikal yang normal.
"Guru fi sioterapi sendiri kata Emraan ada potensi untuk pergi jauh. Program ini benar-benar bantu kami dari segi emosi, masa dan kewangan,” katanya.
Ahmad Taufiq turut berkongsi kisah anaknya, Ahmad Emraan, 4, yang menghidap sindrom down serta pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Kedua-dua mereka merupakan penerima manfaat tajaan penuh terapi enam bulan di bawah program berkenaan Dana Kongsi Ceria Lotus’s Malaysia, yang menyediakan bantuan pembiayaan terapi intensif untuk anak-anak istimewa melalui kerjasama NGO dan pusat pemulihan seperti Tender Touch dan GAPS.

Azliza (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan melancarkan simbolik kempen Dana Kongsi Ceria Lotus’s.
Iklan

Md Zulkarnain dan anaknya Medina Zahra yang menghidap palsi serebrum.
"Namun, kami akan terus memperluas program CSR kami kepada kumpulan sasaran lain yang memerlukan,” katanya.
Anak-anak keperluan khas diraikan
Bagi Terapis Carakerja Kanan Tender Touch Paediatric Rehab, Yasmin Yusri mengakui sokongan Lotus’s Malaysia bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan, tetapi turut membuka peluang kepada anak-anak berkeperluan khas untuk merasa diterima dan diraikan dalam masyarakat.
Menurut Yasmin, kutipan dana yang digerakkan oleh Lotus’s Malaysia sepanjang 2023 memberikan impak besar terhadap program pemulihan kanak-kanak di pusat itu.
"Seramai enam kanak-kanak berjaya ditaja penuh untuk menjalani program terapi intensif selama enam bulan, tiga kali seminggu.
"Tiga kanak-kanak lagi menerima tajaan separa, manakala 44 sesi penilaian fi sioterapi dan terapi cara kerja turut berjaya dilaksanakan,” ujarnya.
Sementara itu, komitmen Lotus’s Malaysia dalam menyokong komuniti palsi serebrum di negara ini terus diperkukuh apabila GAPS diumumkan sebagai antara penerima manfaat kempen kutipan dana korporat syarikat itu bagi tahun kedua berturut-turut.
Ahmad Taufiq bersama anaknya Ahmad Emraan yang menghidap sindrom down.
Pengasas GAPS, Rafidah@Rafi zah Ahmad berkata, kerjasama strategik dengan Lotus’s Malaysia sejak tahun 2023 telah menyumbang impak besar kepada pertumbuhan program pemerkasaan pendidikan, terapi dan sokongan komuniti bagi individu yang menghidap palsi serebrum.
"Kami amat menghargai pemilihan GAPS sebagai penerima dana kebajikan oleh pihak Lotus’s Malaysia. Sumbangan yang diberikan telah membawa perubahan besar kepada operasi dan inisiatif kami,” katanya.
Menurut beliau, antara pencapaian hasil sumbangan tersebut termasuklah penganjuran Kem Intensif Pendidikan Konduktif selama sebulan, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kanakkanak penghidap palsi serebrum, malah turut meningkatkan kemahiran dalam kalangan ahli terapi, pendidik dan penjaga.
Buka peluang rawatan anak istimewa
Tidak semua ibu bapa mampu menanggung kos terapi intensif untuk anak-anak berkeperluan khas, apatah lagi jika ia perlu dilakukan tiga kali seminggu selama berbulan-bulan.
Md Zulkarnain Bahrun, 47, berkata, anaknya menghidap palsi serebrum dan memerlukan bantuan penuh dalam semua aspek kehidupan sejak dilahirkan secara pramatang pada usia kandungan enam bulan.
Orang ramai yang membeli produk Lotus’s akan menyumbang 0.5 peratus ke dalam Dana Kongsi Ceria.