KBS restu PSM bida tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2026

Iklan
Hannah (kiri) melihat piala kejohanan selepas merasmikan Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw 2025 pada Jumaat.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberikan lampu hijau kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk mengemukakan bidaan sebagai tuan rumah Piala Dunia Sepaktakraw 2026, yang dijangka menjadi pemangkin kepada kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, Malaysia menyambut baik cadangan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader yang mencadangkan agar Kuala Lumpur menjadi lokasi penganjuran kejohanan berprestij itu.

Iklan
Iklan

"Presiden ASTAF mengemukakan cadangan agar Malaysia membida kejohanan Piala Dunia tahun depan melibatkan kategori lelaki dan wanita.

"Saya melihat ini sebagai satu inisiatif yang sangat baik memandangkan kita memiliki Geran Padanan Sukan dan berhasrat membawa lebih banyak kejohanan bertaraf dunia ke Malaysia, khususnya dalam sukan berpasukan.

Iklan

"Kejohanan seperti ini bukan sahaja melibatkan atlet, tetapi juga keluarga dan penyokong yang akan hadir bersama, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi dan sektor pelancongan negara.

"Justeru, saya menggalakkan PSM agar meneruskan bidaan ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Piala Asia 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Iklan

Sebagai rekod, Malaysia telah beberapa kali menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran kejohanan sukan antarabangsa, termasuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepaktakraw di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.

Kejayaan penganjuran itu turut menjadi faktor utama Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Piala Asia Sepaktakraw 2025, yang bakal membuka tirai di stadium sama Sabtu ini.

Edisi kali ini menyaksikan penyertaan 13 negara, selepas Pakistan menarik diri pada saat akhir atas faktor keselamatan susulan ancaman serangan tentera India sejak awal minggu ini.