MK Curtain dengan bangganya membuka cawangan terbaharu bertempat di Plaza Damas, Sri Hartamas, pada Jumaat.
Pembukaan cawangan ini menandakan satu lagi pencapaian jenama MK Curtain dalam merealisasikan hasratnya untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan hiasan dalaman berkualiti kepada pelanggan di seluruh negara.
Pengasas MK Curtain, Datuk Wira (Dr.) Calvin Khiu berkata, cawangan di Sri Hartamas amat strategik untuk menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman kepada penduduk bandar dan kawasan sekitarnya.
"Dengan adanya permintaan yang tinggi daripada pelanggan dalam hiasan dalaman, terutamanya langsir yang berkualiti, kami di MK Curtain yakin perniagaan ini akan terus berkembang, sekali gus lebih banyak cawangan MK Curtain akan dibuka.
"MK Curtain turut akan membuka satu lagi cawangan di Botani, Ipoh, minggu hadapan,” katanya pada majlis perasmian yang turut dihadiri Datin Wira Moon Sze Fui, pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan MK, serta pengurusan kanan MK Curtain.
Menariknya, cawangan terbaharu ini dimiliki bersama oleh MK Curtain dan Mike Mak, seorang kakitangan MK Curtain yang kini melangkah ke dunia keusahawanan.
Konsep"Usahawan dalam Syarikat” yang diterapkan oleh pengasas MK Curtain sendiri menggalakkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan kakitangan syarikat.
Memulakan perniagaan pada tahun 2005, MK Curtain kini berjaya menembusi pasaran tempatan dengan menyediakan bukan sahaja langsir, malah turut menawarkan tirai (blinds), kertas dinding (wallpaper), kusyen, perhiasan rumah, filem tingkap (window films), dan pelbagai lagi barangan hiasan dalaman pada harga mampu milik.
Setakat ini, MK Curtain mempunyai sebanyak 60 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan pembukaan lapan cawangan baharu pada tahun ini.
Tidak ketinggalan, MK Curtain turut mempunyai cawangan di Indonesia dan Singapura.
Terkini, MK Curtain memperkenalkan konsep"Peruncit Bertauliah” (Authorised Retailer) yang membolehkan usahawan dan pemilik kedai menjadi rakan strategik perniagaan melalui pembukaan ruang pameran mini di premis masing-masing.