PH Sabah terbuka kerjasama politik fokus kepentingan rakyat, masa depan negeri
Iklan
Pakatan Harapan (PH) Sabah berpandangan kerjasama parti politik di negeri ini harus berteraskan dasar yang mengutamakan rakyat dan masa depan Sabah. Gambar hiasan
KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah berpandangan kerjasama parti politik di negeri ini harus berteraskan dasar yang mengutamakan rakyat dan masa depan Sabah.
Menurut kenyataan bersama PH Sabah, PH dan Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan tunjang kepada kerajaan Persekutuan hari ini bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti yang lain.
Iklan
Iklan
"Ia rasional untuk kedua-dua gabungan ini bekerjasama dalam pilihan raya termasuk terbuka untuk perbincangan dengan parti-parti lain yang mendukung perpaduan dan kerjasama dalam membangunkan Persekutuan Malaysia.
"PH Sabah yakin kestabilan politik di kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah serta hubungan antara Persekutuan dan negeri yang harmoni dan baik perlu dikekalkan dan diperkasakan bagi memastikan aspirasi penubuhan Persekutuan Malaysia dan masa depan rakyat Sabah dapat dijayakan.
Iklan
"PH Sabah terbuka untuk memupuk perpaduan dan kerjasama dengan parti-parti lain dan berpandangan kerjasama parti politik ini haruslah berpandukan kepada membangunkan polisi-polisi yang berorientasikan kepentingan rakyat dan masa depan Sabah," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusi PH Sabah merangkap Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi Dap Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah, Lahirul Latigu.
Iklan
Sebelum itu, PH dan PH mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.