KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mendoakan agar semua jemaah bagi musim haji 1446H/2025M dikurniakan kesihatan yang baik dan dilancarkan urusan ibadah mereka.
Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar urusan jemaah haji dipermudah sepanjang perjalanan.