Treler bawa beras seludup ditahan di stesen minyak

Iklan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan beras melibatkan anggaran 40 tan yang dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram di negeri ini di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai pada Rabu.

KUALA KRAI - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan beras melibatkan anggaran 40 tan yang dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram di negeri ini di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya, di sini pada Rabu.

Rampasan terbabit dilakukan pada jam 9 malam semasa penugasan Op Taring Bravo 4 dengan menahan sebuah treler.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menemui muatan beras dalam jumlah besar di bahagian belakang kenderaan terbabit.

"Pemandu, seorang lelaki berusia 40 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan yang dibawa.

Iklan

"Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM550,000 termasuk nilai treler yang digunakan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994 dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Iklan

Nik Ros Azhan menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara.