Dua beranak maut, 15 cedera nahas empat kenderaan

Iklan
MPV jenis Toyota Estima yang terlibat dalam kemalangan dan meragut dua daripada lima nyawa.

KULAI – [DIKEMAS KINI] Dua beranak maut manakala 15 lagi termasuk kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini pada Khamis malam.

Iklan
Iklan

Kemalangan kira-kira jam 10.15 malam itu melibatkan sebuah treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda 5 dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan empat kenderaan.

Iklan

Menurutnya, treler yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun itu datang dari arah utara sebelum melanggar Toyota Hilux yang berada di laluan sama.

"Treler berkenaan kemudiannya merempuh besi pembahagi jalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua lagi kenderaan, iaitu Toyota Estima dan Mazda.

Iklan

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, dua beranak menaiki Toyota Estima maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, manakala tiga yang lain cedera,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau memaklumkan, dua mangsa yang maut merupakan penumpang Estima, iaitu seorang wanita berusia 42 tahun dan anak perempuannya berusia 15 tahun.

Menurutnya, pemandu Estima yang juga suami kepada mangsa bersama dua lagi anaknya masing-masing berusia 42 dan 18 tahun hanya mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kulai.

"Lima penumpang Toyota Hilux yang turut melibatkan tiga kanak-kanak perempuan, dilaporkan berada dalam keadaan selamat," katanya.

Tambah beliau, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohd Firdaus Juritah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai bersama dua jentera iaitu FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Antara kenderaan terlibat kemalangan

"Sebaik tiba jam 10.56 malam, pasukan mendapati kemalangan melibatkan empat kenderaan dengan jumlah keseluruhan 17 mangsa.

"Toyota Estima yang membawa lima individu mengalami impak paling teruk apabila dua mangsa disahkan maut di lokasi, manakala dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa cedera.

"Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Gee Yin Chin, 42, dan seorang lagi masih belum diperoleh identitinya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemandu treler mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai menggunakan unit EMRS.

Keadaan lori kontena selepas terlibat kemalangan

"Enam penumpang Mazda 5 yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan dilaporkan selamat, begitu juga lima penumpang Toyota Hilux yang turut melibatkan tiga kanak-kanak perempuan.

"Tiada mangsa tersepit dan pihaknya memberikan rawatan awal serta menjalankan kerja-kerja penyelamatan sebelum menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.42 malam dan tamat sepenuhnya jam 12.13 tengah malam selepas memastikan kawasan selamat,” katanya.