Jujukan Fibonacci kuasai bola sepak
Iklan
Ada yang menggelar kejuaraan dicapai Liverpool sebagai Jujukan Fibonacci (Fibonacci Sequence). Foto AFP.
DUNIA kejuruteraan sentiasa berkait rapat dengan matematik. Ia ramuan istimewa dalam kecerdasan buatan (AI). Data raya (big data) ialah matematik. Kehidupan manusia juga sentiasa ada kaitan dengan matematik.
Begitu juga dunia bola sepak. Minggu ini penulis ingin berbicara soal kejuaraan digapai Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim2024/2025. EPL ialah liga sukan paling banyak ditonton di dunia. Ia melibatkan 212 wilayah, 643 juta rumah dan 4.7 bilion penonton.