Kalau Arsenal bagus kenapa PSG yang menang?

Iklan
Pemain PSG meraikan kemenangan mereka sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua UCL menentang Arsenal di Parc des Princes pada awal pagi Khamis. FOTO: AFP

PENGURUS Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique tidak bersetuju dengan kenyataan Mikel Arteta bahawa Arsenal adalah pasukan yang jauh lebih baik dalam dua aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang kelab Perancis itu.

Selepas wisel penamat ditiup, Arteta mendakwa beberapa pemain serta staf kejurulatihan PSG bersemuka dengannya dan memberitahu Arsenal tampil lebih baik dalam aksi timbal balik di Parc des Princes.

Iklan
Iklan

Namun, Enrique pantas menyanggah pandangan itu dalam sidang media selepas perlawanan.

"Mikel adalah seorang sahabat yang saya hormati tetapi saya tidak setuju sama sekali dengan pandangan tersebut.

Iklan

"Ya, mereka bermain dengan penuh taktikal dan cuba mengawal permainan dan mencipta peluang seperti yang mereka mahukan.

"Tapi dalam dua perlawanan, kami yang jaringkan lebih banyak gol dan dalam bola sepak, itulah yang paling penting.

Iklan

"Kami layak ke final. Itu hakikatnya,” tegas Enrique.