Pemandangan Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Iklan
Pemandangan Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu ketika tinjauan Foto Bernama hari ini.

Masjid Jamek Ar Ridzuan Alor Pongsu menjadi kontroversi apabila Lot 6271 seluas 0.61 hektar yang didakwa telah diwakafkan secara lisan kepada masjid telah dijual oleh cucu pewakaf kepada pihak luar tanpa pengetahuan pihak masjid.

Kutipan dana bagi membeli sebahagian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai bernilai RM1.8 juta telah mencapai sasaran dan urusan jual beli dengan pemilik akan segera dilakukan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata setakat hari ini lebih RM2.1 juta berjaya dikumpulkan.

"Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah dimaklumkan perkara ini dan saya menasihatkan agar pengurusan Masjid Jamek Ar-Ridzuan segera melakukan urusan jual beli dengan pemilik tanah.