Dua kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Iklan
Sebuah Perodua Myvi dan Mitsubishi Triton rosak dihempap pokok tumbang di Jalan Penaga, Bangsar pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Dua kenderaan rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan rumah di Jalan Penaga, Bangsar di sini pada Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Ramli Mohd berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui sistem MERS999 pada jam 3.03 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik saja pasukan bomba tiba di lokasi mendapati kejadian pokok tumbang di hadapan dua rumah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa, namun dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan Mitsubishi Triton dihempap pokok.

"Kerja penebangan dan pembersihan sudah dijalankan dengan bantuan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Iklan

"Operasi tamat sepenuhnya jam 4.38 petang," jelasnya.